Memanggil-manggil nama pisang

pisang

Muktahir ini, golongan tarikat dan Sufi yang ghuluw (melampau) semakin menular dalam negara ini. Terbaru, mereka akan menganjurkan program untuk “berselawat secara berjemaah”Seperti yang mereka telah lakukansebelum ini. dengan seruan “Ya Hanana” “Ya Hanana” merupakan sebuah qasidah yang dipopularkan di Malaysia tetapi telah diadaptasi sehingga ke tahap seolah-olah beribadah. Rujuk kepada insiden ini. (yang sekiranya ditukar huruf ha kepada huruf ba akan berubah maksudnya).

Barangkali dalam mengambil pendekatan ini mereka lupa akan hadis yang berikut:

“Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang Nasrani telah berlebih-lebihan memuji ‘Isa putera Maryam. Aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah, ’abdillaah wa Rasuuluhu (hamba Allah dan Rasul-Nya)”.HR. al- Bukhari, No. 3445

Dan juga:

“Jauhilah oleh kalian sikap berlebih-lebihan, karena sesungguhnya sikap berlebihan itulah yang telah membinasakan orang-orang sebelum kalian.”HR. Ahmad, At Tirmidhi, dan Ibn Majah dari Ibn Abbas RA.

Berlepas dirilah daripada bersikap begini.

Rukhsah solat tanpa had

qasartanpahad

Kita sering diajar di sekolah-sekolah bahawa untuk berjamak dan berqasar semasa menjadi musafir, tempoh had melakukannya ialah selama tiga hari pada waktu bermusafir. Namun begitu, mengikut Bulughul Maram sendiri (lihat gambar di atas) ada sahabat-sahabat Rasulullah SAWS sendiri yang melakukan rukhsah solat tanpa ada had, sehinggalah mereka pulang ke rumah asal mereka.