Melaungkan azan dua kali sebelum khutbah Jumaat

Semasa zaman Rasulullah SAW, azan sebelum khutbah Jumaat dilaungkan sekali sahaja. Namun semasa zaman pemerintahan Uthman bin Affan RA, beliau melakukan dua kali azan sebelum khutbah Jumaat, iaitu azan pertama dilakukan apabila hampir masuk waktu Zuhur dan azan yang kedua dilaungkan sejurus sebelum khatib akan menaiki mimbar untuk berkhutbah.

Adakah azan dua kali ini boleh dikategorikan sebagai perkara bid’ah kerana ia tidak pernah wujud di zaman Rasulullah bahkan hanya diperkenalkan beberapa lama selepas kewafatan Rasulullah?